Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2020

28 Disember, Seramai 134 orang pelajar baharu tingkatan 1 telah mendaftar di SMK Kompleks Seberang Takir untuk sesi persekolahan bagi tahun 2020. Pendaftatan bermula seawal jam 8.00 pagi bertempat di Dewan KOMSTAR.


Selaku pengetua sekolah, Encik Norjamalullail bin Mohd Nor telah menyampaikan ucapan alua-aluan. Dalam ucapannya beliau menekankan kerjasama ibu bapa dalam usaha kemenjadian murid KOMSTAR. Penerangan juga diberi berkaitan Sekolah Transformasi, TS25.  


Setelah selesai sesi pendaftaran ibu bapa mula mendapatkan barang keperluan persekolahan di koperasi sekolah. 

Sebanyak tujuh kelas dibuka untuk menampung semua murid baharu. Satu kelas KRK, satu kelas agama dan lima kelas biasa.







Cikgu Aminudin sedang mendaftar pelajar baharu
Sebahagian ibu bapa yang hadir

Comments

Popular posts from this blog

Re-Orientasi Pelajar Tingkatan 5, 2020

Mesyuarat Guru Kali-1 2020